Monday, July 18, 2011

Salam u olls..

Omg..sedar x sedar,ni dh masuk 4 mggu berturut2 ak ada xtvt dgn skolah tiap2 sabtu.no wonder la kpala ni makin sakit,badan makin panas..xcukup rehat upanye..

Mggu petama slepas pjumpaan waris:larian 1murid 1sukan.bkn murid j blari,ckgu pn kne jugak u olls..

Mggu kedua: perkhemahan perdana koko.dh tu,kne pulak jd penolong kem komanden. Comfirm la memang x duduk diam kan sepanjang perkhemahan tu.nnt aku godek2 gambar tunjuk u olls ek nnt.

Mggu ketiga: majlis anugerah cemerlang ¤ rombongan ke taiping~kuale
yg ini paling penat.mana dengan sepanjang majlis,kena menatang dulang yg penuh dgn hadiah,kemudian esoknya pagi2 lg betolak ke taiping jd guru pengiring.tapi seronok.dapat pegi zoo

Mggu keempat: xpdc gua tempurung..gagaga..cuak jugak nk masuk gua tu,tapi aku suka..nnt aku tnjuk gambar ek..nk kene godek2 arkib dulu..hehe

ok,jumpa lg u olls

p/s:bkn x ade cikgu lain dah kt sekolah tu,tapi,smentara bujang n muda ni,saje aku menggedik kumpul pengalaman..

♥♥♥♥

Thursday, June 30, 2011

hari bertemu waris ...ngEe

Salam u olls...sihat??

Esok 1st day aku handle 'Hari Bertemu Waris'. Guru kelas la kan...for sure la kena biasakan diri bercakap2 dengan parents pasal prestasi anak2 dorang..

Sebenarnya, neves jugak..yela, 1st, aku ni kire muda la jugak..23 tahun, dapat pulak pegang kelas tingkatan 4, kelas sains pulak..tak tahu nak gambarkan persepsi parents pada aku..(mula la nak pikir negatif ni..huhu)

tapi, aku rasa beruntung la jugak, kalau nak dibandingkan dengan cikgu lain kan, yang dapat kelas2 belakang..yang nak dirisaukan, bukan pasal prestasi dorang, tapi, sikap dan perangai dorang. time ni la guru tingkatan nak main peranan utama, jadi wakil guru2 subjek yang lain bincangkan masalah2 pelajar.

pelajar sekarang, jauh2 berbeza dengan pelajar dulu2..ini pendapat aku la. cepat sangat berpuas hati dan tak pernah serius dengan satu2 kerja memang akan effects prestasi dan performance dorang. kesedaran sivik kurang sangat, ada yang langsung tak ada kesedaran sivik.

bila tengok pelajar2 di sekolah aku tu, sedih pon ada. parents memang kebanyakkan lepas tangan. letak tanggungjawab mendidik tu 100% pada guru. ye, guru memang pendidik, tapi, pendidikan mesti dipupuk dan disemai dari rumah. ibubapa yang mencorakkan anak2..

cuba bayangkan, cikgu bukan main la nasihat, tegur bagai, tetiba pelajar tu cakap "cikgu sibuk2 sangat kenapa, mak ayah saya pon tak penah tego2 saya, marah2 saya", habis, apa lagi yang cikgu bole kata, kalau gitu rupanya..

tapi, bila prestasi pelajar jatuh, sape yang kena marah, sape yang disalahkan?? cikgu jugak..cikgu tak pandai mengajar, cikgu tak ambil kisah la, macam2...

sebagai guru, aku cuma harap, parents2 sekarang lebih terbuka minda. jangan harapkan guru saja pikul tanggungjawab mendidik. setiap orangkan punya tanggungjawab dan peranan masing2..mendidik anak tentang agama, adap, sivik tu patutnya dari rumah lagi. guru pulak sebagai penyampai ilmu..penambah perasa..

pelajar atau anak2 ni umpama kain putih, yang mencorakkan adalah ibu bapa, dan yang mewarnai corak2 tersebut adalah guru..
jadi, untuk mendapatkan kain yang berkualiti, cantik, ibubapa dan guru perlu saling bekerjasama, bertolak ansur dan bukan saling lepas tangan

pEace
♥♥♥♥

Monday, June 27, 2011

mC ^__^




Salam semuanya...

seiring dengan menyahut dasar 1 Murid 1 Sukan, sekolah aku pon tak ketinggalan mempraktikkan 'sukan sepanjang tahun'..macam mana tu??

haaaa..kalau dolu2 sukan tahunan sekolah, bulan 3 akan berlangsung, tapi sekarang, bulan 6 baru diadakan..(memang terkejar2..mana dengan nak key-in markah, report untuk bertemu waris lagi..)

aku?? aku tak ketinggalan la tersenarai sebagai individu yang agak penting la dalam event ni..agak2 korang, ape peranan aku ek.. haaa..korang jangan terkejut pulak, tahun pertama posting, dah kena jadi mC ataupon juruacara majlis..serius neves..


lagi neves bila yang nak datang merasmikan tu pula ADUN Sungai Rapat. for sure la kena formal kan..


nasib baikla ada raptai..terpaksa la (ayat cover je ni) burn kelas dua hari berturut2..hehe
tapi seronok jugakkan jadi mC ni..semua orang fokus pada butir bicara percakapan kita..heee..

korang layan je ek



p/s: korang penah xjadi mC..tak kire la masa skolah ke, atau pon dah keje..


♥♥♥♥

Sunday, June 26, 2011

cOme Back !!

Salam semua..

Sekian lama tak ber'blog' ni..rindu pulakkan.. Ingat lagi masa study di upsi dulu, berkobar-kobar nak post entri baru dengan nana..asal ade je event ape2, for sure story dekat sini.

Tapi, sejak bergelar guru ni, dan memandangkan ni tahun pertama bergelar guru, aku macam tak berkesempatan nak jenguk blog ni..

So, sekarang ni, rasa macam dah boleh adapt dalam environment baru ni, aku cuba2 jugak update cerita terkini ye.

Ok, almost 5 months kan aku tak update, nak cerita sikit la kat sini antara sebab musabab aku selalu tak berkesempatan nak update blog (T____T)..

1. dapat menggajar sains form 3 ni buat aku tak senang duduk. mana taknya, bila dapat mengajar form 3, bermakna aku kena jugak study silibus sains untuk form 2 dan form 1. memandangkan hari2 dalam jadual aku ada subjek sains dan aku diberi kepercayaan memegang 3 kelas sains, jadi, tiap2 malam lah, aku study sains. rasa macam aku pulak yang nak ambil pmr tahun ni..hihi.

2.bila jadi cikgu ni, bukan saja mengajar, tapi segala macam kerja kena tau dan buat. tahun pertama ni, aku dilantik sebagai guru biasiswa (bab key-in borang permohonan budak ni, keja aku la)..then, penyelaras unit beruniform (nak kena pikir slalu aktiviti2 untuk unit beruniform), guru tingkatan (yang uruskan dari ambil kedatangan pelajar, smpaila kutip yuran, urus surat amaran ponteng, kad 001, isi form untuk hari bertemu waris,dan segala macam la berkaitan pelajar kelas)..tapi lega sikit la, aku diberi kelas depan. so, masalah disiplin tu memang zero la kan..
tu baru sebahagian tugas yang aku dapat..bukan nak cerita bebanan guru..hee, tapi nak bagitau, sebab ni la aku susah nak update cerita..amatur kan..tunggu la tahun depan, dah biasa nanti, ok la kan =)

3.aku rasa, yang follow blog aku dah sedia maklum, di upsi dulu aku ambil jurusan pendidikan sains dan major fizik. tapi, bila disekolah, subjek apa yang kekurangan guru, cikgu2 major lain perlu backup. jadi, selain mengajar fizik dan sains, aku jugak kena ajar seni visual..diulang...seni visual..giler beza dengan sains..tapi, sapa cakap orang blajar sains tak tau dan tak minat berseni..aku tau (sikit-sikit la) dan minat tau.. tapi, kalu nak buat arca, nak lukis potret tu, aku memang lemah la..hehe
nasib baik juga dapat kelas form 3.so, tak ada la rasa tekanan sangat kan.. =)

4. bila dah jadi guru sains dan fizik ni, for sure tak lepas dari PEKA. rasa nak gugur dah rambut ni mikirkan PEKA budak2 ni..yang fizik ok la, baru tahun ni mula PEKA fizik. tapi, yang form 3 ni, PEKA form 1 dan form 2 pon tak tau kemana, how??
jenuh aku nak pujuk budak2 tu salin semula PEKA form 1 dan form 2 dorang yang tak lengkap. kalau dorang tu ok, takpe, sekali suruh je, terus salin. ini, seribu satu kerenah..

Haha..sorry la..ni sebab dah kemaruk sangat nak update entry la ni..berjela2 aku bebel..korang jangan bosan ok..

till then, see u next time..

p/s: rindunye nak blogwalking dan klik2..heee


♥♥♥♥

Sunday, February 13, 2011

cuti2 bersama buddies !!

Hye there...how are u guys ??

aku??hermmm..currently memang sangat bz since ada pertambahan jawatan..tp, still curi2 masa untuk blog nie..

ok, cite nie agak basi la..tp aku nak gak story dekat sini sebab bukan senang nak jumpa buddies merangkap best frenz aku di Sultanah Asma dulu kan..

Last school holiday, we oll memang dah plan awal nak pegi melawat sorang lg bez fren - farhanis yang baru saja selamat melahirkan bayi lelaki yang sangattttt cumil....Aqil Wafeeq (sedapkan nama die)

so, since dah masing2 semua dah bekerjaya, masing2 pon bergaya la dengan hadiah mahal2 untuk baby wafeeq..(dan gambar hadiahnya tak teringat pon nak snap..huhu)

aku pagi2 dah bergerak dari s.Petani sebab dah janji nak g terjah baby wafeeq pukul 10. alih2, tukar plan pulak sebab ade lagi pertambahan ahli rombongan che kiah. mau berjanggut kami tunggu sebab dorang plan nak g berkonvoi sama2 lepas lunch..

so, si bijak Nurul Najwa a.k.a wawawee bg la cadangan g main bowling..hahaha..aku, ayin n husna terus je stuju.


p/s: punya sonok jumpa farhanis dengan baby wafeeq, sampai lupe nak amik gambar together2..hehe..nnt i tempek lg kat sini ek..


♥♥♥♥

Thursday, January 20, 2011

Contest pic ITAM PUTIH paling COOL !

Salam 1 Malaysia..

Kerja aku sudah siap.

Untuk Puan Pengetua, "Puan dah boleh chek buku kedatangan kelas saya !!" weeeee..


oke, sekarang aku bole la tumpu pada contest yang sekali lagi di tag oleh sista aku. contest pic HITAMPUTIH paling COOl !
nie banner untuk contest nie..cool kan !!

contest nie anjuran si gadis bermata coklat - siti fatimah

so, untuk pic hitam putih yang aku rasa paling cool ada pic anti-gravity nie..

pic nie kitorang ambil masa kelas terakhir kitorang di UPSI. so, memang sangat cool bile dapat tgk lompatan anti-gravity nie..lagi2 berbaju kurung pulak kan.. aku memang paling suke pic nie. sangat spontan, spoting dan cool !!

so, aku mau tag

warnida

mimie
anastasyea
Ijah emo-temo
yana

heee..kalo dapat rm100 nie, aku nak borong shawl banyak2 kt sabak bernam..siyes cantik dkt sana(^__^)

♥♥♥♥

weee...



Salam 1 Malaysia !!

Selamat Hari Thaipusam pada yang menyambut. Yang mana bercuti, selamat bercuti. so, ape korang buat arini??

aku terpaksa cancle segala plan nak g cuci2 mata sebab belom siapkan buku rekod kedatangan pelajar lagi..bile masa semakan rekod kedatangan tu dah dipendekkan pengetua, baru tau takot..hehe

oke, tak mau cite pasal keje, kite cite pasal makan nak?? sape nak angkat keyboard oke .

pagi nie, seawal pukul7, aku dah bangun. semangat betul nak g breakfast. padahal pkul 8 baru nak kuar.. so, aku dan housemate2 aku (wahy n amy) gerak la menaiki wut wut..
(suspen tak wut wut tu ape..nanti aku story kat entry laen oke..)
nie la amy dan wahy..yg belom mandi haha nnt aku story pasal dorang pulak ek

tempat breakfast yang kitorang nak g tu sebenarnye warung tepi jalan jer. pkul 6 dah buka..sebabnye warung tu tepi jalan je yang sangat sibuk. encik2 pemandu lori rajin jugak singgah breakfast kat situ..

memang sedap sangat. menu yang ade bukan nasi lemak je, tapi ade me kari (aku penah cerita kat entry sebelum nie), me sup, kuey teow kerang goreng, me hailam, char kuey teow n me bandung.. korang sila jangan konpuis oke..nie memang menu untuk breakfast. semuanye makcik tu goreng time tu jugak. so, sangat sedap, panas dan sedap. haha !!




♥♥♥♥

Saturday, January 15, 2011

mY 1st GiveAway in 2011(^__^)




Salam semua !!
Miss badly berblogging ni.. sory tak sempat nak mengUPDATE blog nie. so, since esok cuti umum, aku mengambil kesempatan nak cover semua story yang aku saje tunggakkan untuk tahun baru 2011 nie..

Oke, berbalik pada entry, entry nie adalah entry pembukaan untuk blog "mEaa pUnyer liFe" bagi tahun 2011 nie yang berupa GA. Thanx kepada my lurvely sista sebab tag saye !!

Untuk pengetahuan u olls, nie first GA yang aku join tau !! (fine, sila sengih beramai2) Bukan tak de yang mengajak, tetapi waktu aku yang sangat terbatas menghadkan la aku untuk join GA yang blogger2 anjurkan. so, dah ade masa n peluang nie, aku grab je la kan. mane la tau, rezeki di tahun baru kan..
angkat kening sikit (^____^)

GA nie dianjurkan oleh fieza since her elder sis is getting married.
Yang nak join, boleh baca syarat kat bawah nie..syarat2nye senang saje :

Uolss hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"

Letak banner GA
yang dekat bawah ni..letak dalam post entry dan jugak sidebar
uolss..


Tag 3 orang..make sure yang kena tag tu tau oke..nak tag lebih 3 orang pon takpe..macih banyak2..
so, aku tag

nana comel
my kazen ijah

norshakeela

Follow blog fiezah sebab senang kan nak tau pasal perkembangan beliau (ayat mengampu nie..lalala) dah follow, selitkan id sekali ye !!




♥♥♥♥

.:k.a.w.a.n:.