Thursday, June 30, 2011

hari bertemu waris ...ngEe

Salam u olls...sihat??

Esok 1st day aku handle 'Hari Bertemu Waris'. Guru kelas la kan...for sure la kena biasakan diri bercakap2 dengan parents pasal prestasi anak2 dorang..

Sebenarnya, neves jugak..yela, 1st, aku ni kire muda la jugak..23 tahun, dapat pulak pegang kelas tingkatan 4, kelas sains pulak..tak tahu nak gambarkan persepsi parents pada aku..(mula la nak pikir negatif ni..huhu)

tapi, aku rasa beruntung la jugak, kalau nak dibandingkan dengan cikgu lain kan, yang dapat kelas2 belakang..yang nak dirisaukan, bukan pasal prestasi dorang, tapi, sikap dan perangai dorang. time ni la guru tingkatan nak main peranan utama, jadi wakil guru2 subjek yang lain bincangkan masalah2 pelajar.

pelajar sekarang, jauh2 berbeza dengan pelajar dulu2..ini pendapat aku la. cepat sangat berpuas hati dan tak pernah serius dengan satu2 kerja memang akan effects prestasi dan performance dorang. kesedaran sivik kurang sangat, ada yang langsung tak ada kesedaran sivik.

bila tengok pelajar2 di sekolah aku tu, sedih pon ada. parents memang kebanyakkan lepas tangan. letak tanggungjawab mendidik tu 100% pada guru. ye, guru memang pendidik, tapi, pendidikan mesti dipupuk dan disemai dari rumah. ibubapa yang mencorakkan anak2..

cuba bayangkan, cikgu bukan main la nasihat, tegur bagai, tetiba pelajar tu cakap "cikgu sibuk2 sangat kenapa, mak ayah saya pon tak penah tego2 saya, marah2 saya", habis, apa lagi yang cikgu bole kata, kalau gitu rupanya..

tapi, bila prestasi pelajar jatuh, sape yang kena marah, sape yang disalahkan?? cikgu jugak..cikgu tak pandai mengajar, cikgu tak ambil kisah la, macam2...

sebagai guru, aku cuma harap, parents2 sekarang lebih terbuka minda. jangan harapkan guru saja pikul tanggungjawab mendidik. setiap orangkan punya tanggungjawab dan peranan masing2..mendidik anak tentang agama, adap, sivik tu patutnya dari rumah lagi. guru pulak sebagai penyampai ilmu..penambah perasa..

pelajar atau anak2 ni umpama kain putih, yang mencorakkan adalah ibu bapa, dan yang mewarnai corak2 tersebut adalah guru..
jadi, untuk mendapatkan kain yang berkualiti, cantik, ibubapa dan guru perlu saling bekerjasama, bertolak ansur dan bukan saling lepas tangan

pEace
♥♥♥♥

Monday, June 27, 2011

mC ^__^




Salam semuanya...

seiring dengan menyahut dasar 1 Murid 1 Sukan, sekolah aku pon tak ketinggalan mempraktikkan 'sukan sepanjang tahun'..macam mana tu??

haaaa..kalau dolu2 sukan tahunan sekolah, bulan 3 akan berlangsung, tapi sekarang, bulan 6 baru diadakan..(memang terkejar2..mana dengan nak key-in markah, report untuk bertemu waris lagi..)

aku?? aku tak ketinggalan la tersenarai sebagai individu yang agak penting la dalam event ni..agak2 korang, ape peranan aku ek.. haaa..korang jangan terkejut pulak, tahun pertama posting, dah kena jadi mC ataupon juruacara majlis..serius neves..


lagi neves bila yang nak datang merasmikan tu pula ADUN Sungai Rapat. for sure la kena formal kan..


nasib baikla ada raptai..terpaksa la (ayat cover je ni) burn kelas dua hari berturut2..hehe
tapi seronok jugakkan jadi mC ni..semua orang fokus pada butir bicara percakapan kita..heee..

korang layan je ek



p/s: korang penah xjadi mC..tak kire la masa skolah ke, atau pon dah keje..


♥♥♥♥

Sunday, June 26, 2011

cOme Back !!

Salam semua..

Sekian lama tak ber'blog' ni..rindu pulakkan.. Ingat lagi masa study di upsi dulu, berkobar-kobar nak post entri baru dengan nana..asal ade je event ape2, for sure story dekat sini.

Tapi, sejak bergelar guru ni, dan memandangkan ni tahun pertama bergelar guru, aku macam tak berkesempatan nak jenguk blog ni..

So, sekarang ni, rasa macam dah boleh adapt dalam environment baru ni, aku cuba2 jugak update cerita terkini ye.

Ok, almost 5 months kan aku tak update, nak cerita sikit la kat sini antara sebab musabab aku selalu tak berkesempatan nak update blog (T____T)..

1. dapat menggajar sains form 3 ni buat aku tak senang duduk. mana taknya, bila dapat mengajar form 3, bermakna aku kena jugak study silibus sains untuk form 2 dan form 1. memandangkan hari2 dalam jadual aku ada subjek sains dan aku diberi kepercayaan memegang 3 kelas sains, jadi, tiap2 malam lah, aku study sains. rasa macam aku pulak yang nak ambil pmr tahun ni..hihi.

2.bila jadi cikgu ni, bukan saja mengajar, tapi segala macam kerja kena tau dan buat. tahun pertama ni, aku dilantik sebagai guru biasiswa (bab key-in borang permohonan budak ni, keja aku la)..then, penyelaras unit beruniform (nak kena pikir slalu aktiviti2 untuk unit beruniform), guru tingkatan (yang uruskan dari ambil kedatangan pelajar, smpaila kutip yuran, urus surat amaran ponteng, kad 001, isi form untuk hari bertemu waris,dan segala macam la berkaitan pelajar kelas)..tapi lega sikit la, aku diberi kelas depan. so, masalah disiplin tu memang zero la kan..
tu baru sebahagian tugas yang aku dapat..bukan nak cerita bebanan guru..hee, tapi nak bagitau, sebab ni la aku susah nak update cerita..amatur kan..tunggu la tahun depan, dah biasa nanti, ok la kan =)

3.aku rasa, yang follow blog aku dah sedia maklum, di upsi dulu aku ambil jurusan pendidikan sains dan major fizik. tapi, bila disekolah, subjek apa yang kekurangan guru, cikgu2 major lain perlu backup. jadi, selain mengajar fizik dan sains, aku jugak kena ajar seni visual..diulang...seni visual..giler beza dengan sains..tapi, sapa cakap orang blajar sains tak tau dan tak minat berseni..aku tau (sikit-sikit la) dan minat tau.. tapi, kalu nak buat arca, nak lukis potret tu, aku memang lemah la..hehe
nasib baik juga dapat kelas form 3.so, tak ada la rasa tekanan sangat kan.. =)

4. bila dah jadi guru sains dan fizik ni, for sure tak lepas dari PEKA. rasa nak gugur dah rambut ni mikirkan PEKA budak2 ni..yang fizik ok la, baru tahun ni mula PEKA fizik. tapi, yang form 3 ni, PEKA form 1 dan form 2 pon tak tau kemana, how??
jenuh aku nak pujuk budak2 tu salin semula PEKA form 1 dan form 2 dorang yang tak lengkap. kalau dorang tu ok, takpe, sekali suruh je, terus salin. ini, seribu satu kerenah..

Haha..sorry la..ni sebab dah kemaruk sangat nak update entry la ni..berjela2 aku bebel..korang jangan bosan ok..

till then, see u next time..

p/s: rindunye nak blogwalking dan klik2..heee


♥♥♥♥

.:k.a.w.a.n:.

There was an error in this gadget