Thursday, June 30, 2011

hari bertemu waris ...ngEe

Salam u olls...sihat??

Esok 1st day aku handle 'Hari Bertemu Waris'. Guru kelas la kan...for sure la kena biasakan diri bercakap2 dengan parents pasal prestasi anak2 dorang..

Sebenarnya, neves jugak..yela, 1st, aku ni kire muda la jugak..23 tahun, dapat pulak pegang kelas tingkatan 4, kelas sains pulak..tak tahu nak gambarkan persepsi parents pada aku..(mula la nak pikir negatif ni..huhu)

tapi, aku rasa beruntung la jugak, kalau nak dibandingkan dengan cikgu lain kan, yang dapat kelas2 belakang..yang nak dirisaukan, bukan pasal prestasi dorang, tapi, sikap dan perangai dorang. time ni la guru tingkatan nak main peranan utama, jadi wakil guru2 subjek yang lain bincangkan masalah2 pelajar.

pelajar sekarang, jauh2 berbeza dengan pelajar dulu2..ini pendapat aku la. cepat sangat berpuas hati dan tak pernah serius dengan satu2 kerja memang akan effects prestasi dan performance dorang. kesedaran sivik kurang sangat, ada yang langsung tak ada kesedaran sivik.

bila tengok pelajar2 di sekolah aku tu, sedih pon ada. parents memang kebanyakkan lepas tangan. letak tanggungjawab mendidik tu 100% pada guru. ye, guru memang pendidik, tapi, pendidikan mesti dipupuk dan disemai dari rumah. ibubapa yang mencorakkan anak2..

cuba bayangkan, cikgu bukan main la nasihat, tegur bagai, tetiba pelajar tu cakap "cikgu sibuk2 sangat kenapa, mak ayah saya pon tak penah tego2 saya, marah2 saya", habis, apa lagi yang cikgu bole kata, kalau gitu rupanya..

tapi, bila prestasi pelajar jatuh, sape yang kena marah, sape yang disalahkan?? cikgu jugak..cikgu tak pandai mengajar, cikgu tak ambil kisah la, macam2...

sebagai guru, aku cuma harap, parents2 sekarang lebih terbuka minda. jangan harapkan guru saja pikul tanggungjawab mendidik. setiap orangkan punya tanggungjawab dan peranan masing2..mendidik anak tentang agama, adap, sivik tu patutnya dari rumah lagi. guru pulak sebagai penyampai ilmu..penambah perasa..

pelajar atau anak2 ni umpama kain putih, yang mencorakkan adalah ibu bapa, dan yang mewarnai corak2 tersebut adalah guru..
jadi, untuk mendapatkan kain yang berkualiti, cantik, ibubapa dan guru perlu saling bekerjasama, bertolak ansur dan bukan saling lepas tangan

pEace
♥♥♥♥

No comments:

.:k.a.w.a.n:.

Sudoku Puzzles