Sunday, April 12, 2009

tidO...betul ker cara kite tidO??

‘Tido’-Hobi kepada ramai student kat dunia ni. Kat mane-mane pun kita boley tido,dalam kelas,dalam surau,dalam bas dan even dalam bot pun,hebat2..Tapi pernah tak terfikir adakah cara kita tido ini sesuai dengan cara tido Rasulullah dan para Sahabat?

Insya Allah,jom kte same2 bincang(post comment untuk tambah) adab2 tdo yang sempurna dan menepati cara Rasulullah dan para Sahabat.Yang kompom,tdo dalam bas,dalam kelas n atas bot tu tak mnepati adab-adab tdo yang sempurna namun kalo diniat kerana Allah,insya Allah,tdo kite dikira ibadah.Kte pecahkan perbincangan kte kepada 3 subtopik,sebelum tdo, semasa tdo dan selepas tdo.

Sebelum tdo:

“adik da basuh kaki da?Da gosok gigi da?Wudhuk?”Jerit Mak dari floor bawah.

“da bu..k bu,tdo lu..”jawab Ajib sambil menjerit.

Yup,laungan ibu itu aku dengar tiap-tiap malam,tanpa miss walaupun sekali.Ibu suh basuh kaki supaye tak ngigau,gosok gigi sebab doktor suruh untuk kesihatan n wudhuk sebab ape ek..Jap pk..Ha,ibu cakap,Nabi ada kata, “barangsiapa yang tidurnya dalam keadaan suci,malaikat akan menemaninya sehingga dia bangun.”Ibu cakap, “Ajib da besar,takkan nak tdo bawah ketiak ibu lagi.Ibu da xley teman Ajib untuk tdo malam,so Ajib amik wudhuk ek,biar malaikat teman Ajib.Malaikat power,die akan bunuh orang yang ganggu ajib dengan sekelip mate je..”

Setelah selesai berwudhuk,Ajib berjalan menuju ke arah katilnya yang bercadarkan kartun wonderpet.Dia mengambil selimutnya dan mengebas-ngebas tempat tdonya sambil menyebut Lahaula wala quwata illa Billah L-Aliyyil-Adhim’.

Ajib melakukan sedemikian bertujuan untuk menghalau makluk-makluk halus yang sudah tdo di situ.”Ibu cerita,kalau kite x lakukan sedemikian, kte akan tdo atas jin.Bila kte tdo atas jin,jin marahlah.Sebab tu ade kes kena tindih tu.Ajib pernah kena tindih sekali,takley gerak,dia tekan perut Ajib. Sakit,”terang Ajib.

Selesai mengebas tempat tdonya,Ajib membaca 21 kali basmallah,3qul(al-iklas,al-falaq,an-nas),ayat qursy dan 4 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi.Sambil membaca 4 ayat terakhir surah al-kahfi,Ajib niat dalam hatinya untuk bangun pada pukul 5.30 untuk qiamullail.Setelah habis membaca ayat-ayat ini,Ajib meniup tangannya dan dia menyapu keseluruh badannya dengan tangan yang ditiup dengan doa tadi.Ajib cakap itu adalah pendinding daripada gangguan makluk halus.Ajib cakap lagi bahawa dulu sebelum dia tido,dia akan lakukan amalan iman Syafie,tapi skang da tak amal lagi.Iman Syafie sebelum tdo,die akan doakan ibubapanya,selawat ke atas nabi,menghalalkan semua hutang dan niat untuk bangun qiamullail. Ujar Ajib, “kite kne niat untuk bangun qiamullail.Kalo kte x bangun pon,kte dapat pahala qiamullail walaupun x same dengan pahala orang yang betul-betul buat qiamullail.”

“Bapak ada ajar cara tdo Rasulullah tapi Ajib xley buat la,rimas,xslese. Bapak cakap,Rasulullah kalo tdo,baginda akan mengiring ke kanan sebab xbg badan kita push jantung.Lepastu,bentuk badan yang terjadi apabila kita tdo cara Rasulullah,ialah bentuk ‘mim’,'ha’,'mim’,'da’.(aq try cari gambar tp x jumpe..nanti aq usehekan)”cakap Ajib.

Semasa Tdo:

“Wah..syok gle smalam,aq mimpi bidadari..”cerite Biji dengan penuh ceria.

“Ye ke?Lepas tu ko trus mandi?”Tanya Jibi dengan perasaan sedikit cemburu.

“takla,letih aq.Aq sambung tdo,”jawab Biji.

“Eh,x elok camtu.Sebaiknye kalo mimpi camtu,ko terus bangun n pergi mandi.Kalo ko tdo dalam keadaan camtu,Malaikat takkan teman ko,” terang Jibi.

“tapi kan,lepas aq sambung balik tdo,aq mimpi lagi.Kali ni mimpi aq jadi jutawan,best gle..Aq bli tu,aq bli ni,”cerita Biji lagi dengan wajah yang cukup ceria bagi membuat Jibi cemburu.

“pastu ko wat ape apebile ko da bangun tdo?”tanya Jibi lagi.

“xde wat ape2…nape?Ade kene wat ape2 ke?”soal Biji.

“lor..kalo ko mimpi baik,ko kene la bangun solat hajat supaya mimpi ko tu jadi real.Kalo ko mimpi buruk,ko bangun n bagi isyarat ludah ke kiri ko.” terang Jibi.

“ooo..eh,kalo kite kene tindih?” “kalo kene tindih,ko bangun pastu kibas tempat tido ko dan sebut ‘Lahaula wala quwata illa Billah L-Aliyyil-Adhim’.Pastu tdo la.Kalo jadi lagi for 2nd n 3rd tyme,ko lakukan bende same.Kalo kene tindih lagi,baik ko tukar tempat.Maksudnye,bende tu xnak berganjak la,ko le kene ubah tempat.” terang Jibi lagi.

Selepas Tdo:

Apabila anda bangun daripada tdo,panjatkanlah seifiniti kesyukuran kepada Allah kerana Dia masih memberi anda nyawa untuk anda hidup dan bacalah doa selepas bangun tdo: doa selepas bangun tdo Jangan sesekali menyapu muka anda dengan tangan anda disebabkan perkara ini ditegah oleh Rasulullah.Hal ini dilarang disebabkan semasa kita tdo,kte xtaw ke mana tangan kita merayap.Jadi,basuhlah tangan anda sebelum menyapu muka anda dengan tangan anda.Selepas itu mandi bagi menghilangkan perasaan mengantuk.Then,bersih dan kemaskan tempat tdo anda walopon esok ia akan jadi macam ni balik.Ingat,Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Walaupun hanya sedikit perkongsian,diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada penulis dan pembaca.Anda boleh tambah jika anda ada penambahan.Wallahu’alam….

No comments:

.:k.a.w.a.n:.